Sunday, July 15, 2007

Maktok pergi buat selamanya...

Alhamdulillah..sem baru dah mula semula..tapi ada beberapa insiden atau peristiwa yang x berapa best dah berlaku pada diriku ini..Hmm..first sekali actually aku dah balik KL untuk hantar barang2 kat Mahallah pada jumaat 06072007, bertolak dari umah kul 8am, sampai UIA lebih kurang kul 12.30pm, terus agkut barang2 naik bilik, segala2 barang yang tersumbat dalam kereta tu aku clearkan, termasuklah peti ais, set komputer, rak, buku2, dan banyak lagi..berpeluh2 kepenatan turun naik tingkat 3, azan untuk solat jumaat je, aku siapkan susun barang2 mana yang patut, terus bersiap2 nak g solat. Lepas solat jumaat keluar g kajang plak rumah Sarah (yang aku buat website www.zaisara.com) untuk amik biskut raya yg aku tempah. So sekembalinya ke UIA petang tu aku pun plan mmg nak tido puas2 malam ni memandangkan penat dari pagi tadi masih tak berbalas lagi..Malam tu after maghrib aku pun g cc, sementara tunggu Shauqi yang ajak g Downtown..Ku 10pm aku terima call dari adik, dia nangis n tanya aku dah tau cerita lum..aku dah x sedap hati, ni mesti pasal maktok (panggilan untuk nenek)..Adik kata maktok baru meninggal tadi kat Hosp Sultan Ismail, JB. Aku jadi sangat x best, xkan aku xnak balik plak, so aku pun jadi bingung nak plan semula semuanya..Malam tu gak mak aku call plak n aku cakap dengan mak esok pagi aku bertolak balik dgn akak aku yang 2nd, yang penting mesti sampai rumah sebelum upacara pengebumian. Malam tu aku keluar gak g downtown denga n shauqi kul 11.30pm, terserempak plak dengan Muhammad kat sana, tapi aku x beli pape pun, fikiran masih bercelaru dengan keadaan waktu tu. Kalau diikutkan time tu gak aku nak balik, tapi takut letih dari tadi boleh bagi impact yang buruk pada pemanduan aku karang. So lepas kitorang balik malam tu lebih kurang kul 2am, aku terus g apartment tempat akak aku stay, tapi aku just tdo dalam kereta je, xnak kejutkan dia pagi2 n kul 5.30am pagi tu aku ngan akak aku terus bertolak balik kota Tinggi. Kitorang tukar2 drive. Kul 9am sampai umah dan ramai yang dah datang.. (bersambung lain kali..)

Al Fatihah untuk Allahyarham Safiah Bte Sameon (Maktok..)

No comments: